“Jgn kecam ahli keluarga, arwah ayah,atau abang saya”-Muzaffar Jakel

 

SELEPAS abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini.

Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlekeh orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin.

Yusuf Azmi sebelum ini  mahu  Muzaffar Jakel buat pengakuan maaf secara FB Live

“Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera.. Bukan membuat permohonan di IG sendiri.. Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus.. Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel.. Harap Maklum..”

Atas desakan ramai, Muzaffar tampil dalam video bagi menjelaskan isu sebenar;

Saya ingin menceritakan kepada yang belum tahu cerita sebenar. Kat sini saya akan ceritakan dengan penuh kejujuran daripada awal hingga akhir.

Bermula pada 1 Mei, pukul 2 petang saya post satu ‘story’ di Instagram di mana saya tulis “Alhamdulillah, jumpa hari Isnin ini, 10AM – 10PM”

Kerana apa saya post ni, sebab saya dah dapat pengumuman dari kerajaan bahawa kedai-kedai semua boleh dibuka.

Jadi saya berasa gembira kerana saya tahu masalah abang saya ( Datuk Faroz) nak bayar gaji-gaji pekerja seramai 6500 orang dan 99% darinya adalah Melayu.

Nantikan kluster Jakel

Jadi bila saya up story tersebut, ada seorang individu telah memuatnaik story saya itu di Twitter.

Individu tersebut berkongsi keratan story saya dan menulis kapsyen “Nantikan kluster Jakel, I just cannot brain this”

Maksudnya, individu ini yang cuba mempengaruhi orang lain bahawa Jakel akan mewujudkan satu kluster COV1ID-19.

Kena komen bahasa k3sat dan kasar

Tapi saya hanya berdiam diri dan tidak memberi apa-apa komen. Kemudian dalam beberapa jam saya buka DM di Instagram, beberapa individu dari Twitter datang komen dengan bahasa k3sat dan kas4r.

Individu tersebut mempersoalkan kenapa perlu membuka kedai ketika sedang PKP dengan menggunakan bahasa yang kasar. Saya tidak mahu sebut ayat yang mereka gunakan.

Bermacam-macam kecaman yang saya terima, jadi saya kemudian memuatnaik satu lagi ‘story’ sebab saya tak mampu nak balas DM.

Memang saya tulis ayat itu “Kesian aku dengan orang Melayu”. Tapi ada lagi di bawah “SOP itu pun bahasa Melayu pun tak pandai baca”.

Naik Sotry dalam keadaan maraah

Saya mengaku memang saya naikkan story dan ayat sebegitu, dalam keadaan saya tidak berapa baik selepas membaca komen kesat. Siapa tak marah kalau orang dah maki hamun.

Kemudian benda ini ditularkan semula di Twitter. Ramai yang persoalkan berkenaan ‘story’ saya tersebut.

Saya juga menjelaskan apa yang saya cuba maksudkan di Twitter, saya membuat permohonan maaf dan kes pun dah ditutup (di Twitter).

Tak kenal siapa Norliza

Esok tengahari dalam pukul 1 tengahari, ada seorang individu bernama Norliza, dia ambil keratan ‘story’ saya dan post kat Facebook dia. Saya tak ini akaun dia ataupun tidak.

Norliza telah memuatnaik ayat berbunyi “Betulpun apa dia (Muzaffar) cakap tu, Melayu ni memang bod#h”. Jadi Norliza ini yang membuat ayat sebegini dengan menggunakan gambar ‘story’ saya bagi menunjukkan seolah-olah saya mahu memperlekehkan orang Melayu.

Sedangkan saya sendiri Melayu, saya tidak berniat pun..Saya sendiri tak terfikir, hari-hari jumpa pelanggan dan saya sendiri melayan, takkan saya tergamak nak cakap Melayu begitu.

Tak terlintas dalam kepala otak saya, ahli keluarga saya juga bukan macam tu. Jadi bila fitnah ini sudah merebak sebesar-besarnya, saya tidak sempat berbuat apa-apa.

Jangan kecam ahli keluarga saya, ayah saya atau abang saya

Dan saya beritahu kesalahan ini bukan datang daripada syarikat, ia datang dari diri saya sendiri. Bukan dari ahli keluarga saya.

Jadi tolong jangan kecam ahli keluarga saya, ayah saya atau abang saya..

Kalau betul masih taknak maafkan saya, boleh marah pada saya, serang saya di akaun IG dan FB saya.

Saya takkan hina bangsa Melayu..Melayu yang banyak majukan Jakel. Kita bertapak di sini disebabkan Melayu..jadi tolong faham.

Abang saya (Datuk Faroz) sangat baik, sangat humble dengan orang. Adik-beradik saya lain semua baik, saya jer teruk. Tapi maafkan saya atas kesilapan ini.

Saya harap anda semua sokong kita balik dan harap sebarkan cerita yang sebenar.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri..

Berikut video pengakuan Muzaffar

 

Rata-rata netizan sudah mula memaafkan Muzaffar

Yusuf Azmi tampil bersuara

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”

Yusuf Azmi,Aktivis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : TEENDING SANGAT

 

Be the first to comment on "“Jgn kecam ahli keluarga, arwah ayah,atau abang saya”-Muzaffar Jakel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*