“Anak s@kit, BPN belum dapat, gaji pun dah habis.” – Makcik ‘cleaner’ terpaksa pajak harta

 

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, terdapat segelintir orang ramai berpusu-pusu ke kedai pajak gadai bagi melakukan pinjaman wang tunai.

Tidak terkecuali bagi makcik ini yang ditegur seorang gadis apabila kelihatan sanggup beratur panjang untuk melakukan proses pinjaman berkenaan di sebuah kedai pajak di Taman Jubilee, Ipoh.

“Makcik kenapa hari ni jugak beratur? Tunggu esok kan boleh?”

Menurut pengguna Twitter @theiliaqilah, makcik tersebut mempunyai anak menghidap peny4kit asm4 yang semestinya memerlukan bantuan perub4tan.

Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.

“Ada anak s4kit asm4. BPN belum dapat, gaji pun dah habis sebab makcik tukang cuci harian,” tulisnya.

Ramai terpaksa pajak harta pus4ka

Posting berkenaan meraih ratusan tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang turut bersimpati dan berhasrat ingin membantu makcik tersebut namun malangnya gadis itu tidak mempunyai maklumat lanjut.

Tak ada ‘contact’ sis!

Sedihnyaaa.. Baru nak bantu

(Video) Foto Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Undang Sebak Netizen

Foto: Siakap Keli

DALAM pada itu, tular semalam selepas kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.

Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai.

Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.

Harap tak gadai barang kemas kahwin

Bagi sesetengah daripada kita, PKP ini mungkin tidak banyak memberi kesan daripada segi kewangan kepada kita kerana ada sebahagian majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah dan secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.

Namun bagi mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan gaji harian pula, mata pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Bukan suka-suka tapi terpaksa

Disebabkan oleh itu, hari ini di media sosial dapat dilihat dibanjiri dengan foto anggapan warganet berkenaan orang ramai yang dikatakan terkesan dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Sumpah sedih tengok

Mungkin ada diantara mereka ini yang terpaksa menggadai barang kemas pusaka mahupun barang kemas hasil hantaran daripada perkahwinan mereka. Pun begitu, perkara tersebut tidak dapat dipastikan. Ini kerana mungkin juga ada diantara mereka yang mahu menebus barang kemas dan bukanlah memajaknya.

Tempat tumpuan bila longgar PKP

Sehubungan dengan itu, kita sentiasalah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak virus yang diturunkan ini dapat berakhir dalam masa yang singkat supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan susulan daripada penularan wabak virus ini dapat mencari rezeki semula demi meneruskan kelangsungan hidup.

Lebih bersyukur

Sumber : Twitter, Siakap Keli, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MHI ALLNWS

 

Be the first to comment on "“Anak s@kit, BPN belum dapat, gaji pun dah habis.” – Makcik ‘cleaner’ terpaksa pajak harta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*