Selepas bisnes Ebit Lew, kini netizen berpakat ‘support’ butik Adam Corrie

Selepas netizen ‘berpakat‘ membeli pakaian di butik Ebit Lew, pendakwah terkenal itu tidak menang tangan sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit gara-gara terlalu banyak menerima tempahan.

Selain pendakwah tersebut, rata-rata netizen juga mencadangkan supaya orang ramai memberikan sokongan terhadap pelakon Adam Corrie Lee dengan membeli pakaian di butik miliknya Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive.

Ini kerana pelakon yang cukup sinonim dengan watak antagonis itu juga sering tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Respon netizen

Menurut mereka, perniagaan kedua-dua insan tersebut mempunyai reka bentuk menarik selain harga yang berpatutan serta 100% buatan Malaysia

Walau bagaimanapun, butik milik Adam yang terletak di Busana@Menara Mara, Kuala Lumpur ketika ini ditutup buat sementara waktu namun boleh membuat tempahan secara ‘online’ di www.adamcorrie.my.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

saya suka pakai jubah, kurta, baju melayu, t-shirt , kemeja dan juga berkain pelekat. samfoo pakaian bangsa saya pon jarang sekali saya pakai. . kalau saya pakai jubah, saya tak akan jadi orang arab kalau saya pakai baju melayu , saya tak akan jadi orang melayu kalau saya pakai kurta , saya tak akan jadi orang india, kalau saya pakai kemeja, saya tak akan jadi orang barat.. pakaian yang saya pakai tidak mengubah bangsa saya iaitu cina. . pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim. . aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam. bukan untuk satu bangsa. . . senyum selalu selalu bersangka baik insyaAllah hati tenang #adamcorrie www.adamcorrie.my

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Terdahulu, segelintir netizen di media sosial menyuarakan pendapat untuk tidak membeli di sebuah jenama pembekal kain popular selepas didakwa menyentuh isu bangsa Melayu yang mengundang rasa berang orang ramai.

Support produk muslim, bukan produk melayu. Kalau melayu pun mulut menyakitkan hati tak guna jugak support produk diorang. Tak kisah la produk bangsa mana pun yang penting beriman. Nama pun buy muslim first. Bukannya buy melayu first.

Ada hikmah disebalik apa berlaku. Mungkin sebelum ni ada yang tak tahu ustaz ebit ada butik baju adam corrie juga ada butik. Dengan media sosial perkara yang baik dapat disebarkan. Moga pembelian mereka yang menyokong produk insan hebat ini amat bermanfaat bagi menolong mereka memerlukan..

Teringat tahun lepas dia habaq kat wartawan.. sambutan kurang memberangsangkan…tapi dia redha ja…alhamdulillah tahun ni mencurah2 rezeki dia..

Support bisnes org yg mulut pandai jaga ni kn senang..kita membeli pn hati x sakit..rasa aman je lepas membeli dgn org yg jenis mulut baik2..

Ingatlah kuasa netizen ( rakyat) mmg hebat tapi Yg paling Hebat adalah Allah yg maha kuasa. Sdgkan satu ketika dahulu kerajaan pun boleh jatuh bila rakyat marah inikan pula #JAKEL. Tetap boikot #JAKEL. Jom kita support butik UEL Dan Adam corrie

Baik aku skong org seagama dgn aku yg agama yg helok. Dari mgaku islam, bumiputra, dah diberi kesenangan lupa diri. jakel..baik kau balik pakistan – Sumber: warganet

 

Sumber: nalurikini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Kisah Benar

 

Be the first to comment on "Selepas bisnes Ebit Lew, kini netizen berpakat ‘support’ butik Adam Corrie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*