Laporan Audit Fashion Valet Nampak ‘Susp1cious’, Vivy Yusof Disel4r Lagi!

Sejak dua menjak ini, dunia hiburan kecoh dengan kisah golongan artis mempersoalkan kerajaan kerana tidak menyumbangkan dana khas untuk anak seni memandangkan mereka banyak berbakti kepada negara.

Tak cukup dengan itu, terdapat juga golongan usahawan terkenal yang mempertikaikan sama ada golongan B40 layak untuk mendapat sumbangan sebegitu banyak. Sikap mereka yang ternyata dengki itu menimbulkan rasa marah dalam hati netizen.

Nama Vivy Yusof menjadi topik utama dalam perbualan di serata media sosial kerana sikapnya yang seperti menghina golongan memerlukan dan terlampau berbangga dengan kekayaannya sehingga tidak sensitif perihal kesusahan orang lain.

Kredit foto: IG

Bukan itu sahaja, seorang netizen telah menggali laporan audit syarikat start-up miliknya iaitu Fashion Valet dan mendedahkan banyak keraguan mengelirukan dalam dokumen tersebut.

Individu ini menjelaskan bahawa usahawan wanita itu tidak sepatutnya berlagak kerana dana yang dimasukkan ke syarikatnya datang daripada duit rakyat juga iaitu menerusi Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Antara keraguan yang ditegaskan ialah kenapa gaji pengarah dinaikkan sebanyak RM121,200 meskipun Fashion Valet mengalami kerugian sebanyak RM10 juta. Bukankah sepatutnya pemilik tidak akan mengambil lebih duit syarikat supaya dapat memastikan perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar.

 

 

 

Kredit foto: FB

Lebih menghairankan kerana pada bahagian perbelanjaan untuk pembangunan sesawang, Fashion Valet telah membelanjakan sebanyak RM2.2 juta tetapi menerusi nota yang ditulis auditor, mereka gagal mendapatkan kepastian mengenai hal ini daripada kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Bayangkan anda belanja berjuta-juta dan mereka membatalkan perjanjian tanpa sebarang sebab kukuh, habis apa jadi dengan wang tersebut? Individu ini menjelaskan hal ini dengan mudahnya boleh menjadi duit keluar untuk syarikat tersebut.

Kredit foto: FB

Lebih meghairankan apabila Fashion Valet mengalami kerugian sebanyak RM10 juta dan ianya naik kepada RM20 juta pada tahun hadapannya. Walhal keuntungannya hanya naik sebanyak RM2 juta.

Kredit foto: FB

Pendedahan ini nyata membuatkan ramai netizen mempersoalkan kredibiliti Vivy Yusof dalam menguruskan syarikat. Sepertinya ada ‘kelonggaran’ kepada caranya menguruskan perniagaan, namun ramai yang sebal kerana dia bersikap angkuh dengan orang lebih susah daripadanya.

Artikel ini hanya menyampaikan pendapat netizen. Apa pula pendapat anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : – CARI

 

Be the first to comment on "Laporan Audit Fashion Valet Nampak ‘Susp1cious’, Vivy Yusof Disel4r Lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*