25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi pesanan terakhir masa jumpa Maya Matahari

BERITA pemergian penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali Maya Matahari mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan selebriti.

Salah seorang teman rapat arwah iaitu Nazia Mustafar menyifatkan Mya sebagai seorang wanita yang kuat mel4wan penyak1itnya.

“Kami bertemu dua minggu lalu di kediamannya… semasa itu dia baru balik dari China mendapatkan raw4tan k4nser tisu.

“Kami berborak panjang, gelak-gelak dan dia pesan supaya saya tak menangis… kita bercerita benda yang happy-happy sahaja. Dia tak mahu sedih-sedih!

“Walaupun badan dia nampak susut, tapi Mya kata keadaan kesihatannya semakin baik dan sangat positi1f selepas menerima raw4tan di sana,” katanya kepada mStar.

Nazia menulis luahan hatinya apabila mendapat perkhabaran pemerg1ian sahabat baik, Mya Ruslee.

Menerusi Instagram, Nazia turut memuat naik sekeping foto kenangan pertemuan terakh1ir mereka di kediaman Allahyarham.

Sebelum itu, Mya atau nama sebenar Myanaliza Ruslee, 44, men1inggal dunia kira-kira pukul 4 petang di sebuah pusat pervbatan di Sungai Buloh, Selangor pada Rabu.

Penyanyi lagu Matahari ini mender1ita penyakit k4nser tisu (sarcoma) dan keadaan kesihatannya itu mula merosot selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada 2018.

“Peny4kitnya bertambah teruk selepas menyertai Gegar Vaganza dan dia cuba berub4t di hospital termasuklah ke China.

“Sepanjang menjalani raw4tan itu dia selalu minta doakan kesihatannya dan tak pernah lagi dia tunjukkan kesak1itan atau kesed1ihan di hadapan kami,” ujarnya.

Keadaan kesihatan Mya mula mer0sot selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelima.

Sementara itu, Nazia berkata hasratnya untuk bertemu Mya minggu ini tidak kesampaian.

“Saya ada hubunginya minggu lepas dan berjanji nak jumpa minggu ini tapi hasrat itu tidak dapat ditunaikan.

“Semasa kami berbual menerusi panggilan telefon itu, saya sedang menjalani penggambaran di Kedah dan saya minta dia tunggu… saya akan datang jumpa dia tapi aj4l menjemputnya terlebih dahulu.

“Memandangkan usia kami sebaya, hubungan jadi lebih rapat, kami dah berkawan selama 25 tahun. Sejujurnya, saya terkesan dan bersedih dengan pemergi1annya,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham Mya Ruslee dijangka akan dikebum1ikan di kampung halamannya di Johor.

Biodata

Nama penuh: Meyanaliza Ruslee

Nama pentas: Maya Matahari (kini mahu dikenali sebagai Mya Ruslee)

Umur: 42 Tahun (2018)

Asal: Johor Bahru

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @myaruslee

Fakta Menarik

1. Sudah menjadi anak seni sejak 24 tahun lalu.

2. Album pertamanya diterbitkan pada 25 Mac 1995 yang mana memuatkan lagu yang telah melonjakkan nama beliau iaitu Matahari.

3. Pernah popular sekitar era 1990-an menerusi beberapa lagu hits seperti Diari Biru, Diari Biru 2 dan Matahari.

4. Mempunyai tiga buah album iaitu Matahari, Diari Biru 2 dan Mata.

5. Berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009, namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015.

6. Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan tahun 2018.

7. Pada pertengahan tahun 2018, beliau terbit dengan single berjudul Perlu Ada Setia, berkonsepkan pop, ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.

8. Pada Julai 2018, beliau mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka bujang yang sudah berkawan dengannya dalam tempoh lebih kurang setahun.

9 Maya akui ingin memiliki zuriat sendiri selepas tidak beroleh rezeki cahaya mata menerusi perkahwinan sulungnya.

10. Mencuba nasib di ujibakat Gegar Vaganza musim kedua dan ketiga, sebelum akhirnya terpilih menyertai program realiti itu di musim kelima (2018).

Sumber: mstar/ musngviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

 

Be the first to comment on "25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi pesanan terakhir masa jumpa Maya Matahari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*