“Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan,” Di Sarawak Masih Tenang Keluar Pergi Sarapan

Bermula 12 malam tadi bertarikh 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuat kuasa serta merta, justeru orang ramai dinasihatkan berada atau mengelak daripada melakukan aktiviti yang melibatkan bilangan orang yang ramai.

Bagaimana pun, masih juga ada segelintir golongan yang deg1il dan tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan ia semata-mata untuk keselamatan bersama.

Terbaru tular di Facebook, beberapa penduduk di salah sebuah daerah di Sarawak, masih lagi menjalani aktiviti harian mereka seperti biasa dengan sempat bersarapan di kedai makan.

Dapat diperhatikan menerusi gambar yang dikongsikan, kedai makan dan warung masih lagi dipenuhi dengan orang ramai yang keluar untuk bersarapan.

Melihat sikap pentingkan diri dan kedeg1ilan sesetengah masyarakat yang masih tidak cakna dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan v1irus, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal mereka.

Pihak kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk kita mengurangkan aktivit luar, bagi mengurangkan gejala penularan. Namun, jika sikap seperti ini diteruskan, segala usaha ini menjadi sia-sia.

Sumber : We Are Malaysians

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

Be the first to comment on "“Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan,” Di Sarawak Masih Tenang Keluar Pergi Sarapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*