“Ingat runner makanan tu kalis Covld-19 ke?”

Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan perint4h kawalan pergerakan kepada rakyat Malaysia yang akan bermula esok, ramai yang risau dengan masalah bekalan makanan.

Walaupun pasar raya masih dibuka seperti biasa, ada juga yang tertanya-tanya jika pesanan makanan dibenarkan. Ye lah, kalau doktor yang sedang bertugas bukan sempat nak masak kat rumah kan. 

Jangan risau, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kedai makan dan restoran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh dua minggu ini, lapor Sinar Harian.

Namun, pelanggan hanya boleh membungkus makanan dan tidak boleh makan di premis makanan tersebut.

Selain itu, pelanggan juga boleh memesan makanan melalui perkhidmatan penghantaran seperti Food Panda dan GrabFood. Bagus lah tu, tak payah keluar rumah dan kurangkan ris1iko j4ngkitan. 

Arahan yang dikeluarkan pada petang tadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan arahan ini sebab katanya takut tukang masak kedai terbabit dij4ngkiti Cov1id-19. Rasanya terpulang kepada kemahuan dan keperluan masing-masing.

Selain itu, pasar malam juga tidak boleh beroperasi sebab takut makin ramai orang awam yang akan dij4ngkiti.

Sesiapa yang nak masak sendiri, boleh masak tapi admin sekarang tengah fikir nak order makanan apa untuk dinner malam ni. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : LobakMerah

 

Be the first to comment on "“Ingat runner makanan tu kalis Covld-19 ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*