Berbalas Komen ‘Mesra’ Dengan Zara Zya, Status Rumah Tangga Azlee Khairi Jadi Persoalan “Beri Harapan Pada Saya Atau Peminat?”

KEMESRAAN Azlee Khairi berbalas komen dengan pelakon Zara Zya di Instagram menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang ingin mengetahui status terkini rumah tangga aktor tersebut.

Bagaimanapun, Zara, 35, berkata biarpun mereka kelihatan mesra di laman sosial namun dia tidak pernah bertanyakan soalan melibatkan kehidupan peribadi Azlee.

Malah, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini memberitahu dia sendiri tidak pasti tindakan Azlee meninggalkan komen ‘mesra’ itu bertujuan untuk memberi harapan kepadanya atau peminat.

Zara dan Azlee digandingkan menerusi drama Seadanya Aku.

“Sebenarnya saya pun keliru juga tapi biarlah dia yang jawab sendiri persoalan itu. Kalau diperhatikan pun, saya kadang-kadang balas dan kadang-kadang tak.

“Lagipun perkara ini, lebih baik tanya dia sendiri kenapa komen sebegitu, kenapa beri hint macam itu. Dia nak beri harapan dekat siapa, pada saya atau peminat?

“Ramai yang bertanya tapi saya tak ada jawapan. Kami pun tidak berhubung melalui telefon atau keluar bersama selepas habis penggambaran,” katanya kepada mStar.

Zara ditemui ketika Majlis Upacara Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam (Bridge Kesenian APM) di Akademi Latihan Pertahanan Awam, Sungai Merab, Kajang baru-baru ini.

Keserasian antara kami memang seperti magic tetapi hanya sekadar on screen sahaja.

ZARA ZYA

PELAKON

Hubungan Zara dan Azlee mula diperkatakan gara-gara mereka kerap berbalas komen di Instagram sejak kembali bergandingan dalam drama Seadanya Aku.

Peminat mula suka melihat keserasian mereka semenjak drama Love You Mr Arrogant yang ditayangkan pada September 2013.

Dalam pada itu, Zara mengakui pada mulanya dia agak kekok bekerjasama dengan Azlee selepas tujuh tahun tidak digandingkan bersama.

Bagaimanapun Zara dan Azlee dapat mengembalikan keserasian yang pernah wujud antara mereka sebelum ini dalam masa yang singkat.

Zara dan Azlee mudah mendapat keserasian semula.

“Mula-mula itu memang ada rasa kekok juga sebab dah lama tak jumpa tapi sekejap sahaja la. Sebelum ini kami memang ada keserasian yang sangat kuat dalam drama.

“Tapi terhenti sekejap beberapa tahun dan dia pun dah ke alam perkahwinan ketika itu. Sekarang, Azlee buat kemunculan semula dan saya gembira selama tujuh tahun peminat masih menantikan gandingan kami.

“Keserasian antara kami memang seperti magic tetapi hanya sekadar on screen sahaja. Di luar, kami buat hal masing-masing,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 

Be the first to comment on "Berbalas Komen ‘Mesra’ Dengan Zara Zya, Status Rumah Tangga Azlee Khairi Jadi Persoalan “Beri Harapan Pada Saya Atau Peminat?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*