Unta Kebingungan SaIji Tiba Tiba Turun di Arab Saudi. PenjeIasan AhIi MeteoroIogi Ini Buat Ramai Terkedu

” Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji”

Itu kata-kata Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather, Eric Leister yang menjelaskan salji yang turun di tanah Arab terhasil akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.

Sekiranya ditanya mana-mana individu mengenai bayangan mereka berkaitan Arab Saudi, mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara berkenaan pasti membayangkan kawasan yang panas dan berpasir dengan beberapa ekor unta di sana sini.

Namun, keadaan itu ternyata berbeza apabila seorang pengguna media sosial berkongsi klip video mengenai keadaan semasa di Arab Saudi.

The Independent melaporkan, kira-kira 193 kilometer dari Laut Merah, ribut yang dahsyat menyebabkan salji turun di padang pasir berhampiran Tabuk yang menyaksikan unta di lokasi berkenaan seolah-olah kebingungan dengan keadaan asing itu.

Suhu di kawasan berkenaan kebiasannya mencecah 4C dengan keadaan sedikit kering namun, sepatutnya tiada salji yang turun.

Bagaimanapun, salji bukanlah perkara peIik yang berlaku di Arab Saudi kerana kejadian sama pernah dilaporkan berlaku pada April 2019.

” Ia bukanlah perkara gila untuk mereka menerima salji, ia hanya cuaca kering,” kata Eric Leister.

Ribut yang sama juga menyebabkan berlakunya banjir besar dan runtuhan salji di Iran, Pakistan dan Afghanistan.

Di Arab Saudi kebiasaannya pada penghujung bulan October suhu akan mula menurun dan kemudian datang lah musim sejuk. Kemuncak musim sejuk di Saudi adalah pada bulan Disember dan January. Ia biasanya berlanjutan sehingga ke pertengahan bulan March.

Bumi Arab Saudi ini mempunyai geografi yang agak hebat. Jangan sangka di sini hanyalah padang pasir, kering, tandus dan panas kerana bahagian selatan Saudi agak panas kerana sebahagian besar terdiri daripada gunung manakala bahagian utara agak sejuk.

Oleh kerana kita sudah mahu beranjak ke musim sejuk dan seiring dengan visa pelancong yang baru dilaksanakan ini, saya nak kongsi beberapa tempat-tempat sejuk di sini! Jangan tak percaya tempat-tempat ini boleh mencecah suhu sehingga 0c atau lebih rendah lagi.

Menurut perkongsian Puan Masnira Ramli menerusi portal Libur.com.my, beliau yang kini menetap di tanah Arab menceritakan serba sedikit tentang suhu atau cuaca di negara tersebut.

” Selalu nampak gambar salji turun pada musim sejuk di saudi kan? Kebanyakkannya adalah gambar dari Tabuk ni. Tiap-tiap tahun salji turun di sini.. Suhu boleh mencecah sehingga ke -4 c,” katanya.

Sementara di Makkah pula, jika dilihat dari sudut geografi, kota Makkah terletak di koridor antara 2 gunung. Bermakna ia terletak di kawasan lembah dimana Masjidilharam merupakan tempat paling rendah. Makkah mempunyai iklim gurun panas.

” Oleh itu, apabila saya menyebut musim sejuk, Suhu nya tidak lah terlalu sejuk. Hanya sekitar 18-30 darjah celcius.. lebih kurang cuaca di negara kita sahaja cuma di sini kadar humidity/kelembapan sangat rendah tidak seperti negara kita yang mempunyai kadar kelembapan yang agak tinggi. Bahasa mudahnya adalah cuaca yang agak kering,” akhiri Puan Masnira Ramli.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro dan libur.com.my

Be the first to comment on "Unta Kebingungan SaIji Tiba Tiba Turun di Arab Saudi. PenjeIasan AhIi MeteoroIogi Ini Buat Ramai Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*