Ini Tips Rahsia Kekal Cantik Isteri Da’i Farhan Yang Tak Kita Sangka

Bukan mudah untuk menjaga bentuk badan untuk kembali seperti anak dara lebih-lebih lagi selepas bersalin. Meskipun sudah mempuyai 8 orang anak, isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin masih kekal cantik.

Malah, Dr Erin mendedahkan berat badannya tetap maintain 48 kilogram dan berpuas hati dengan berat badannya yang ideal. Tidak lokek berkongsikan tips, Dr Erin berkata dia mengamalkan cuci usus dan tiada masalah untuk makan banyak sekalipun.

Katanya lagi, produk yang diamalkannya adalah untuk membersihkan usus dan boleh mengurangkan berat badan sebanyak 3 kilogram dalam masa 30 minit kerana ia mampu membuang semua kotoran di dalam usus.

“Alhamdulillah, 8 orang anak selamat. Produk ni untuk bersihkan usus ya bukan kurus dalam masa 30 minit. Ia boleh kurangkan berat badan 3kg dalam masa 30 minit sebab dia buang semua kotoran degil dalam usus.

“Lepas keluar semua tu, Masyaallah badan jadi ringan dan segar. Tak ada masa or malas bersenam,” tulisnya.

Tambahnya lagi, ramai pesakitnya sudah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya. Patutlah Dr Erin cantik dan kelihatan seperti anak dara meskipun sudah mempunyai 8 orang cahaya mata.

Isteri Berlinang Air Mata, Air Hidung Dengar Ceramah Da’i Farhan

Meskipun kontroversi rumah tangga Da’i Farhan masih lagi diperkatakan netizen, namun pendakwah muda itu bersama isteri, Dr Erin tetap tenang meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Dalam perkongsian terbaru Dr Erin di Instagram, dia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami dalam hidupnya. Malah, Dr Erin berkata dia pasti akan menangis setiap kali mendengar ceramah agama dari suaminya.

Dr Erin turut berterima kasih kepada suami kerana sentiasa memberikan ilmu agama berguna kepadanya.

Turut memberikan mutiara kata yang mendalam, Dr Erin berkata apabila seseorang itu menuntut ilmu dunia membuatkan kita jadi riak tetapi menuntut ilmu akhirat buat kita rasa sangat hina dan akan lebih mensyukuri dengan nikmat yang diberikan.

Beruntung berkahwin dengan ustaz, jika ada apa-apa keraguan boleh terus bertanya? Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Be the first to comment on "Ini Tips Rahsia Kekal Cantik Isteri Da’i Farhan Yang Tak Kita Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*