Selepas Dihina Oleh Ibu Bekas Kekasih, Ini Yang Gadis Ini Buat Yang Kita Tak Sangka

Tidak semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarga senang dan ada yang bermula dengan hidup susah namun akhirnya berjaya dengan titik peluh mereka sendiri. Namun apa yang menyedihkan apabila golongan miskin sering dipandang hin4 oleh sesetengah pihak.

Seperti yang dilalui oleh gadis ini yang berjaya bangkit daripada peristiwa hitam apabila sering diperlekehkan oleh bekas teman lelakinya.

Berkongsikan kisahnya, Rozmiza Rozman memberitahu dia mengenali bekas teman lelakinya itu sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah masing-masing berjaya menuntut pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Dedah gadis itu lagi, bekas teman lelakinya pernah mempersend4kan impiannya untuk memiliki sebuah kereta mewah dan mengatakan dia daripada keluarga susah, tidak mungkin mampu membeli kereta mewah.

Malah, kakak kepada bekas teman lelakinya itu pernah mengherdiknya hanya kerana dia orang miskin dan anak kepada peniaga jalanan serta tidak setaraf dengan keluarganya.

Ujarnya lagi, ibu bekas teman lelakinya pula mahukan menantu yang berkerja di sektor kerajaan dan tidak merestui hubungan mereka.

Lebih menyakitkan hati, rasa sayang kepada bekas teman lelakinya itu hanya sia-sia apabila dia digunakan untuk berseronok dengan wanita lain.

 

Ujarnya, selama 5 tahun dia terus bangkit daripada pengalaman pahit itu dan kini dia sudah berjaya membeli sebuah rumah, melangsaikan hutang pengajian dan akhirnya memiliki sebuah kereta mewah yang diimpikannya.

Diakhir perkongsian tersebut, Rozmiza mengucapkan terima kasih kepada bekas teman lelaki dan keluarganya di atas segala kata-kata kejian yang menguatkan dirinya sehingga dia menjadi orang berjaya.

Apa pun perkongsian gadis ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk mereka yang senasib dengannya. Jika ada yang menghina, jangan sesekali kita jatuh tetapi jadikan sebagai ‘senjata’ untuk terus berjaya.

Be the first to comment on "Selepas Dihina Oleh Ibu Bekas Kekasih, Ini Yang Gadis Ini Buat Yang Kita Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*