Kisah Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu Selamatkan Rumah Tangga Hampir Runtuh

Pi mai pi mai tang tu merupakan sebuah sitkom komedi yang pernah disiarkan di TV3 suatu masa dahulu.

Sitkom ini merupakan idea daripada Hatta Azad Khan dan di arah kan oleh Othman Hafsham yang menceritakan mengenai kehidupan seharian penduduk di Flat Seri Wangi. Rancangan ini disiarkan selama 17 musim dengan 1210 episod.

Kisah ini juga telah dipentaskan sebagai pementasan muzikal pada tahun 2006 serta telah dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.

Kerana ini adalah sitkom berepisod maka pelakon yang menjayakan sitkom ini juga ada yang tetap dan ada yang menjadi watak sampingan sahaja.

Senarai Pelakon

Imuda sebagai Budin (1985 – 2004)

Zami Ismail sebagai Pak Uda (1985 – 2004)

Mohammad Abdullah sebagai Pak Busu (1985 – 2001)

Wan Maimunah sebagai Mak Usu (1985 – 1997)

Khatijah Tan sebagai Mak Ngah (1998 – 2004)

Sabri Yunus sebagai Wan Ismail Golok (1992- 2004)

Ahmad Busu sebagai Mat Deris (1985 – 2004)

Sulaiman Yassin sebagai Mat Over (1993- 2004)

Marlia Musa sebagai Ana (1993- 2004)

Angeline Tan sebagai Lucy (1993- 2004)

Sathiya sebagai Ravi (1993 – 2004)

Accapan sebagai Singam (1988 – 1993)

Soo San Ho sebagai Suzie (1992 – 1997)

Afida Es sebagai Mak Uda (1992 – 1997)

Noriah Hitam sebagai Mak Uda (1985 – 1991)

Sabtu Hussain sebagai Mamak Maidin (1985 – 1991)

Din Mokhtar sebagai Salim (1985 – 1991)

Bokhari Ibrahim sebagai Selamat (1985 – 1991)

Majid Salleh (1985 – 1991)

Jazlan Ahmad Daud (1985 – 1991)

Terlalu banyak kenangan yang boleh buat kita ketawa sendiri bila teringat aksi lakonan mereka di dalam sitkom ini.

Pada zaman itu belom ada lagi program realiti Raja Lawak atau maharaja lawak. Jadi sitkom ini sudah seperti pementasan Maharajalawak bagi peminat pada ketika itu.

Menyelamatkan Rumah Tangga Yang Hampir Musnah

Teraju utama sitkom Pi mai tang tu ini iaitu saudara Sabri Yunus pernah berkongsi sebuah kisah sangat menarik yang mana kerana keletahnya dalam sitkom populer itu telah menyelamatkan rumah tangga yang retak dan hampir berantakan.

Kata Sabri begini sekitar awal 2000. setelah lebih kurang 3 tahun siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak lagi di siarkan, satu hari beliau didatangi oleh sepasang suami isteri sewaktu berada diluar sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Isterinya membahasakan dirinya kakak dan beliau sudah lama berniat mahu bertemu dengan Sabri. Beliau bersyukur kerana akhirnya hajat beliau untuk berjumpa sabri menjadi kenyataan.

suaminya hanya tersenyum dan menghulur tangan untuk berjabat tangan. Sabri menyambutnya dan turut tersenyum.

Lalu si isteri menyambung perbualan nya dan berkata bahawa sabri telah menyelamatkan rumah tangga mereka yang hampir musnah.

Kisahnya pada suatu malam itu pasangan suami isteri itu bergaduh besar dan si suami keluar menonton television manakala si isteri di dalam bilik dan beliau nekad mahu meminta cerai kepada suaminya.

Namun apabila ia keluar beliau melihat Suaminya ketawa sendiri melihat sitkom Pi mai pi mai tang tu. Lakonan sabri buat suaminya tidak berhenti ketawa. Si isteri kemudian duduk di sebelah suaminya dan turut terhibur melihat telatah sabri.

Mereka berdua ketawa bersama lalu hubungan mereka kembali pulih.

Di dalam sitkom ini juga peminat mula mengenal lucy lakonan Angelina tan dan Ravi di lakon kan oleh Sathiya.

Selain watak penting yang lain, watak Ravi dan lucy banyak menghiburkan penonton ketika itu hasil telatah mereka dan gaya bahasa mereka yang tidak fasih berhasa melayu.

Lucy membuka saloon dan sering di ganggu oleh pemuda flat seperti budin,wan ismail golok dan mat deris lakonan imud, Sabri Yunus dan Ahmad Busu.

Watak pak uda juga sering menghiburkan penonton dengan penampilan nya yang berkemaja senget sebelah, dan telatah manja nya bersama anje nya mak ngah lakonan Khatijah Tan.

Pak uda juga sering di sakat oleh budin,W.Ismail dan deris. Dan setiap kali di sakat pak uda selalunya akan mengadu kepada isterinya mak ngah.

Jika nak dicerita satu per satu memang tidak akan pernah habis kerana sitkom ini pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu dan menghiburkan para penonton.

sekitar awal 2000.. setelah lebih kurang 3 tahun siri PiMai PiMai Tang Tu tidak lagi di tv, satu hari saya didatangi…

Posted by Sabrii Ibn Yunus on Sunday, August 25, 2019

Walau kebanyakkan barisan pelakon ini sudah tiada lagi namun lawak mereka yang pernah menghibur penonton tidak akan pernah hilang. Mereka layak di gelar lagenda komedi negara.

Sumber : https://axello.net/

Be the first to comment on "Kisah Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu Selamatkan Rumah Tangga Hampir Runtuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*