Ini Kisah Sebenar Apabila Pengusung Keranda Bergegar Sendiri.

“TELEFON pada 3 pagi pun…saya tetap akan datang membantu,” ujar Shaari Ramli yang menawarkan khidmat sebagai pemandu van jen4zah sukarela di Bandaraya Melaka.

Shaari, 41, berkata khidmat ditawarkan itu adalah saham akhirat kerana tidak mengharap sebarang upah atau ganjaran atas khidmat diberikan.

Menurutnya, van jen4zah itu sumbangan seorang ahli perniagaan yang digunakan khusus untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

“Biasanya saya akan memandu van ini bersendirian ke hospital untuk mengambil jen4zah sebelum menghantar ke rumah waris atau ke tanah perkuburan.

“Kalau saya cerita, mungkin ramai tidak percaya. Kebiasaannya, pengusung keranda jen4zah di dalam van akan bergegar sebagai tanda akan berlaku kem4tian.

“Jika perkara itu berlaku, biasanya akan ada waris menghubungi saya untuk membawa jen4zah keesokan harinya,” katanya.

Menurutnya, beberapa kejadian aneh pernah berlaku membabitkan jen4zah dibawanya, namun dia tidak mahu mengaibkan waris jen4zah.

“Biarlah ia menjadi rahsia dan pengajaran buat diri saya,” katanya yang tinggal di kampung Bertam Ulu, Melaka.

Shaari berkata, perkhidmatan van jenazah percuma itu diviralkan dalam Facebook oleh seorang rakannya sehingga ia menjadi popular dalam kalangan warga Melaka terutama waris jen4zah di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan waris memberitahu mereka tiada wang untuk membayar perkhidmatan membawa jen4zah mahu dikebumikan.

“Kebiasaan apabila berlaku kem4tian mengejut, waris mendakwa tidak mempunyai wang kerana ia berlaku tanpa disangka sama sekali.

“Saya turut berterima kasih kepada ahli perniagaan terbabit yang menyumbangkan van jenazah itu untuk kegunaan ramai sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Setakat ini, dia membantu menguruskan jen4zah di sekitar Bandaraya Melaka termasuk Kelemak, Alor Gajah, Alai, Masjid Tanah, Jasin hingga ke Tangkak ,Johor.

Be the first to comment on "Ini Kisah Sebenar Apabila Pengusung Keranda Bergegar Sendiri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*