“Saya Sebenarnya Tiada Niat Nak Can@ng Kisah Cinta” Ruhainies

Terbuka berkongsikan perhubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E, Ruhainies berkata dia tidak pernah ada niat untuk menghebahkan kisah cintanya kepada umum.

Menurut Ruhainies, kisah cintanya lebih menjadi perhatian berbanding kejaya lakonannya dan sering ditanyakan persoalan yang sama. Ujarnya lagi, sebagai seorang selebriti dia hanya berkongsikan perkara yang perlu sahaja.

“Saya sebenarnya tidak berniat untuk menc4nang kisah cinta berbanding perkembangan kerjaya seni. Namun, perkara itu (kisah cinta) yang menjadi perhatian dan saya sering ditanyakan persoalan sama.

“Sebagai selebriti, saya sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut memandangkan lebih selesa berterus-terang,” katanya.

Ditanya mengenai azam tahun baru, Ruhainies berkata soal perkahwinan belum diputuskan lagi. Ruhainies turut meluahkan rasa bersyukur kerjaya lakonannya berjalan dengan baik dan berharap mendapat peluang untuk melakonkan watak lebih mencabar.

“Saya tidak memilih watak cuma mana tahu akan dapat kepercayaan melakonkan watak berat dan aksi. Apapun, yang pasti saya sangat bersyukur kerana kerjaya lakonan masih bersinar hingga kini,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata kafe yang diusahakannya yang mula beroperasi sejak Oktober lalu turut menerima sambutan baik dan positif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HM

Be the first to comment on "“Saya Sebenarnya Tiada Niat Nak Can@ng Kisah Cinta” Ruhainies"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*