Sarah Suhairi minta ‘restu’ ibu kahwin lelaki Korea, respon buat ramai gelak

Drama-drama Korea kini sudah mendapat tempat di hati penonton Malaysia malah di televisyen juga sudah banyak ditayangkan. Kelainan dibawa drama Korea membuatkan ramai menyukainya.

Tidak hanya drama kini juga lagu Kpop turut mendapat perhatian ramai tidak kira umur. Bakat besar serta kemampuan menyanyi dan menari secara live menjadi sebab Kpop semakin popular seluruh dunia.

Begitu juga Malaysia, sebut saja kumpulan Bigbang, BTS atau EXO serta kumpulan wanita Blackpink, Apink pasti peminat mereka akan teruja.

Penyanyi Sarah Suhairi juga dikenali sebagai selebriti yang boleh menyanyi dalam Korea. Malah sebelum ini juga, dia berpeluang menyanyi di negara itu dan membuatkan ramai memuji kebolehannya.

Bagaimanapun lucunya pula menerusi satu video dia dilihat meminta ‘restu’ untuk mengahwini jejaka dari Korea.

Sarah Suhairi minta ‘restu’

View this post on Instagram

Mintak restu… EHEM Jangan lupa tengok Trek Selebriti di Astro Ria pukul 9:30 malam hari JUMAAT OKIES

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on

Video Sarah Suhairi minta ‘restu’ itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya dan menjadi perhatian pengikut serta peminat sehingga hampir meraih 200,000 tontonan.

Dalam pada itu, respon ibu Sarah Suhairi juga dikatakan sporting membuatkan ramai geli hati melihat gelagat mereka berdua.

Namun begitu, ianya hanyalah sekadar prank kerana difahamkan Sarah Suhairi menjadi selebriti undangan bagi program Trek Selebriti kali ini.

“Mintak restu…ehem. Jangan lupa tengok Trek Selebriti di Astro Ria pukul 9.30 malam hari Jumaat okies” tulisnya.

Sarah Suhairi menerusi posting berkenaan menerima pelbagai respon lucu daripada peminatnya.

Hahahaha lawak sangat

Sempoi betul mak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Sarah Suhairi via HCL

 

Be the first to comment on "Sarah Suhairi minta ‘restu’ ibu kahwin lelaki Korea, respon buat ramai gelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*