‘Mini’ Neelofa Jadi Tetamu Meletop Raih Perhatian Ramai, Memang Sama

Sejak beberapa hari lalu kec0h di media sosial dengan seorang kanak-kanak yang dikatakan memiliki paras rupa sama seperti Neelofa. Kanak-kanak itu yang digelar ‘mini’ Neelofa meraih perhatian ramai termasuklah selebriti itu sendiri.

Sebelum ini Neelofa sendiri pernah berkongsikan mengenai kanak-kanak ini di akaun Twitternya seperti berikut:

Perkongsiannya itu telah meraih 16,300 retweets dan 33,000 likes serta pelbagai komen dari netizen.

Biarpun begitu, kanak-kanak ini akhirnya menjadi jemputan rancangan Meletop membolehkannya bertemu dengan Neelofa dalam dunia nyata.

Neelofa sendiri sempat berkongsikan mengenainya di laman Instagram miliknya dan telah meraih lebih 360,000 likes dari pengikut selebriti ini.Kanak-kanak itu dikenali sebagai Naura Auni, 5 tahun duduk di atas beriba kelihatan malu-malu bila ditanya oleh pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa.

Berikut adalah petikan rakaman kehadiran ‘mini’ Neelofa dalam Meletop:

Di YouTube petikan rakaman ini sudah pun mencecah lebih 264,000 tontonan. Rata-rata netizen turut bersetuju muka Naura Auni seiras dengan Neelofa. Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen:

“Senyuman adik naura sama sangat macam Neelofa senyum. Ya Allah comel sangat”

“Wey sebijik wey. Tak boleh move on ni weh!!”

“Bila dia senyum atau buat mimik muka yang nampak pipi pau aaa sama gila macam mana boleh samaa…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Sinar Viral 

 

Be the first to comment on "‘Mini’ Neelofa Jadi Tetamu Meletop Raih Perhatian Ramai, Memang Sama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*