Dr. Fitri Haris Nikah Sabtu Ini, Masih Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Dr. Fitri Haris bakal menamatkan zaman dudanya pada hari sabtu ini (21 Disember).

Bagaimanapun, Fitri enggan mended@hkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwininya nanti.

“Dia orang biasa, bukan artis. Kami berkenalan melalui keluarga yang memberi cadangan dan restu disatukan.

“Secara jujur, saya tidak tahu bagaimana boleh terbuka hati untuk berkahwin lagi. Selama ini, tertutup rapat pintu hati selain sibuk dengan kerja dan pengajian.

“Namun, saya ikut rentak. Mungkin ini yang terbaik… Insya-Allah,” katanya memetik lap0ran.

Bekas anggota nasyid UNIC itu memberitahu pilihan untuk merahsiakan identiti wanita itu bagi menghormati permintaan keluarga.

“Keluarga meminta dirahsiakan semuanya. Nanti kita kongsi cerita selebihnya pada hari perkahwinan kami,” tambahnya.

Majlis pernikahan Fitri dan pasangan akan berlangsung pada hari Sabtu ini di sebuah hotel di ibu negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Dr. Fitri Haris Nikah Sabtu Ini, Masih Rahsiakan Identiti Bakal Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*