Tunang Cucikan Kaki, P0t0ng Kuku & Suap Risteena Makan

Sudah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, pelakon Nur Risteena menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan Isa Khan.

Baru-baru ini, Risteena berkongsikan momen indah tercipta sepanjang bercinta dengan jejaka pilihan hatinya itu dan berharap detik itu akan berkekalan sampai bila-bila.

Apa yang menjadi perhatian adalah aks1 Isa Khan menyuap makan, membasuh kaki dan mem0t0ngkan kuku Risteena.

Dalam pada itu, kakak kepada Ruhainies ini berkata dia kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Isa dan tunangnya itu berjanji akan menjadikannya wanita paling bahagia di dunia.

View this post on Instagram

Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya. Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan. Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu. Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat. Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang. I’m proud to say this, my Isa Khan. P/s: Masa ni belum terfikir untuk ada @lovit_hq pun. Now dia dah menjadi seorang founder yang hebat. Cepatnya awak sayang. Mudahnya semua urusan awak. Saya sentiasa doakan @lovit_hq kita berjaya bersama team kita💪

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

“Perasaan cinta terlalu dalam buatkan saya seorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.

“Janji dia pada saya akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ini. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia. Risteena berkata dia dan Isa mula berkenalan lebih rapat sejak lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Tunang Cucikan Kaki, P0t0ng Kuku & Suap Risteena Makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*