‘Belum tahu punca kematlan Alif’ – Nora

PUNCA kemat1an anak penyanyi popular, Nora Ariffin, 46, iaitu Muhammad Syakir Alif Johan, 20, masih tidak diketahui walaupun bed4h s1asat sudah dijalankan pagi tadi.

Nora ketika ditemui berkata, s1asatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemat1an anaknya itu, namun dia berpuas hati hasil analisis yang diterima selepas bedah siasat itu.

“Ikutkan saya tak nak buat bed4h s1asat sebab arwah suami dulu pun tak buat. Namun, sebab dia masih muda dan meninggaI dunia di rumah, macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Jadi, saya ikut prosedur atas nasihat polis dan saranan keluarga,” katanya.

Nora berkata, hasil bed4h s1asat mendapati saluran d4rah tidak ada masalah dan arw4h juga bersih dari pengambilan ub4t-ub4tan.

“Bagaimanapun, pihak h0spital memaklumkan jantvngnya ada bengk4k sedikit. Secara keseluruhan tidak ada yang pelik sebagai punca kemat1annya,” katanya.

Jen4zah Aliff dikebum1kan kira-kira jam 3 petang di Tanah Perkvburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berhampiran kubvr AlIahyarham bapanya, Johan Nawawi yang juga komposer terkenal yang meninggaI dunia pada 24 Mac 2017.

Jen4zah terlebih dulu disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.

“Tidak ada ibu yang menjangkakan anak yang baru berusia 20 tahun meninggaI dunia. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang semalam dia biasa saja dan sangat ceria. Apapun memang sudah ajaI dia. Saya reda dengan pemergiannya dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Alif dipercayai meninggaI dunia secara mengejvt di kediaman mereka di Petaling Jaya sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketika kejadian, arw4h yang juga anak kedua daripada empat beradik rebah dan tidak sedarkan diri.

Seperti ibu bapanya, Alif juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah menyertai program Mentor Milenia 2019, tetapi gagaI dipilih sebagai protege.

Sebelum ini, Alif yang mengalami masaIah berat badan hingga mencecah 130 kilogram (kg) menjalani pembed4han bariatrik dan berjaya menurunkan berat sebanyak 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HM 

 

Be the first to comment on "‘Belum tahu punca kematlan Alif’ – Nora"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*