“Seorang Dak’Aih! Jangan Ingat Kopiah & Jubah Iman Tebal”

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon Aqasha. Baru-baru ini perkongsiannya di Instagram mendapat perhatian ramai seolah menylndir seorang pendakwah yang menafikan atau “dak’aih” akan status perkahwinannya.

Menerusi perkongsiannya itu, Aqasha turut mengatakan jangan ingat seseorang itu berkopiah atau berjubah bahawa iman mereka tebal dan dihampuri Tuhan. Aqasha turut mengingatkan pengetahuan agama bukan pertandingan.

“Jangan ingat kopiah dan jubah melambangkan ketebalan Iman dan dihampiri tuhan. Jadi sebelum galak nak bercerita pasal hukvm tuhan, elok periksa akhlak sendiri dulu. Lagipun pengetahuan agama ni bukan pertandingan,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon itu. Malah, ada yang mengatakan dek kerana hal ditimbulkan oleh segelintir ‘Dak’Aih’ ahli-ahli agama lain turut terpalit sama dan dipandang seorang.

Dalam pada itu, Aqasha turut memberi bayangan sudah bosan dengan industri drama tanah air yang asyik dengan jalan cerita yang sama dan tiada perkembangan.

Betul tawar hati sampai nak berlakon cerita jumpa makhluk asing. Apa pun diharap Aqasha terus berjaya dalam industri hiburan tanah air dan pasti ramai yang rindukan untuk melihat Aqasha kembali muncul di kaca televisyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Seorang Dak’Aih! Jangan Ingat Kopiah & Jubah Iman Tebal”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*