Peminat Risau Bila Wawa Zainal Pergi Kerja Pada Hari Ke 8 Pantang Lepas Bersalin. Wawa Jelaskan Kenapa Dia Perlu Pergi Kerja

Zaman sekarang ada yang tidak mengikut kaedah orang orang dulu terutamanya selepas bersalin. Ada yang tidak berpantang sepenuhnya dan yakin bahawa tidak akan jadi apa apa.

Harus diingat kesan selepas bersalin bukan akan nampak terus tetapi ia akan berlaku pada jangka masa panjang. Tidak salah pun berpantang, seronok la berpantang. Kita dilayan macam permaisuri cuma makanan je tidak berapa sedap.

Pelakon Wawa Zainal terpaksa keluar ke pejabat untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya pada hari kelapan berpantang.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Hari kelapan berpantang, terpaksa turun office kejap check stock, boleh jadi bentan I dibuatnya oleh ejen, stokis dan leaders, setiap hari tanya bila stok mari.

“Padahal hari-hari pun diorang ambil stok, tak faham betul,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa risau dan menasihatinya untuk lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri ketika berpantang.

Terdahulu, Wawa melahirkan anak bongsunya Ayya Soffya pada 1 Disember.

Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Ahmad Fakhruddin dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Semoga wawa zainal menjaga kesihatan diri sendiri. Nanti dah s4kit susah pula suami. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Apple Hijau

 

Be the first to comment on "Peminat Risau Bila Wawa Zainal Pergi Kerja Pada Hari Ke 8 Pantang Lepas Bersalin. Wawa Jelaskan Kenapa Dia Perlu Pergi Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*