“Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan.” Risteena Kongsi Kisah Awal Pertemuan Hingga Dilamar Jadi Perhatian

Pelakon Risteena Munim sering menjadi perhatian sejak kebelakangan ini kerana hubungan percintaan beliau dengan jejaka misteri. Siapa sangka hanya pengenalan lebih kurang 5 bulan mereka melangsungkan pertunangan dan juga mengumumkan jejaka misteri yang mencuri hatinya.

Siapa sangka jejaka misteri yang menjadi teka-teki banyak pihak ternyata benar. Risteena Munim kini sah bertunang dengan jejaka pilihan hati yang menjadi bualan ramai iaitu Isa Khan. Pada 6 Disember 2019 mereka berdua melangsungkan satu majlis pengumuman jejaka itu bersama dengan majlis pertunangan beliau.

Terbaru masing-masing telah berkongsi video bersama ketika di Bali dengan menggunakan kapsyen bersemut dan mengisahkan pertemuan mereka bersama hingga ke lamaran yang dibuat di Bali. Video tersebut mendapat pelbagai komen dan juga respon dari semua pihak.

VIDEO:

“C I N T A .. Assalamualaikum. .

Pada tanggal 23 November 2019, saya Isa Khan telah melamar dia, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas di Pulau Bali dan telah mendapat restu sepenuhnya dari ibu dan bapanya. Alhamdulillah, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran, dengan berbekalkan perasaan cinta dan sayang yang sangat kuat, kami telah berjaya menjalani fasa pertunangan ini dengan baik.

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih terutamanya kepada keluarga saya dan keluarga bakal mertua saya dan tidak lupa juga kepada para sahabat yang tidak pernah lelah untuk terus ada bersama dengan kami dan telah banyak membantu untuk melancarkan segala perancangan ini. Dan akhir sekali, terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku.. Kerana telah memberi aku kesempatan untuk bergelar tunang kepada si dia yang sangat aku cintai. Janji aku, tidak akan aku dustakan hati dia selagi nyawa aku masih di kandung oleh badan. Akan aku jaga dia selagi nafas aku tidak terhenti, insyaAllah. Mohon doa dari kalian agar ikatan pertunangan ini akan terus di jaga olehNYA hingga ke hari persandingan nanti. Amin Ya Rabb. Bismillah”

View this post on Instagram

Assalamualaikum. . Pada tanggal 23 November 2019, saya Isa Khan telah melamar dia, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas di Pulau Bali dan telah mendapat restu sepenuhnya dari ibu dan bapanya. Alhamdulillah, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran, dengan berbekalkan perasaan cinta dan sayang yang sangat kuat, kami telah berjaya menjalani fasa pertunangan ini dengan baik. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih terutamanya kepada keluarga saya dan keluarga bakal mertua saya dan tidak lupa juga kepada para sahabat yang tidak pernah lelah untuk terus ada bersama dengan kami dan telah banyak membantu untuk melancarkan segala perancangan ini. Dan akhir sekali, terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku.. Kerana telah memberi aku kesempatan untuk bergelar tunang kepada si dia yang sangat aku cintai. Janji aku, tidak akan aku dustakan hati dia selagi nyawa aku masih di kandung oleh badan. Akan aku jaga dia selagi nafas aku tidak terhenti, insyaAllah. Mohon doa dari kalian agar ikatan pertunangan ini akan terus di jaga olehNYA hingga ke hari persandingan nanti. Amin Ya Rabb. Bismillah 💍

A post shared by ᴄᴏɴᴛʀᴀ ᴇʟ ᴍᴜɴᴅᴏ ™ (@theisakhan) on

“Cinta .. Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu.Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality.

Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud.

Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia.

Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist.

Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu.

Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang.

Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu.

I love you, Cinta”

View this post on Instagram

Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu. Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality. Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud. Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia. Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist. Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu. Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang. Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu. I love you, Cinta🌹

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Both of you memang sweet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : KL Press

 

Be the first to comment on "“Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan.” Risteena Kongsi Kisah Awal Pertemuan Hingga Dilamar Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*