Lebih 220 Ribu Likes, Disangka Belakang Syahmi ‘Anak’ Rupanya Yoe

Jika anda peminat Drama Spontan, pastinya anda mengenali dengan dua jejaka ini yang sering membuatkan anda tak kering gusi. YouTuber Syahmi Sazli dan pelakon Yoe Parey yang kini semakin mendapat perhatian ramai.

Sentiasa jadi perhatian ramai

Malah, dilaman Instagram juga mereka memiliki ramai peminat dan melihat jumlah followers yang mengikuti perkembangan Syahmi juga bukan biasa-biasa.

Jadi tidak mustahil juga sekeping foto terbaru dikongsikan Syahmi ini juga mendapat lebih 220,000 tanda suka dalam masa yang sekejap.

Kelihatan menerusi foto, Syahmi berkongsikan sebuah motor baru namun kapsyennya untuk menghantar anak pergi kelas membuatkan netizen terhibur.

Manakan tak, jika dibelakangnya ada pelakon popular dikenali ramai sebagai Yoe Parey dengan wajahnya yang sempoi dan memeluk erat Syahmi.

Perkongsian foto itu membuatkan peminat mereka terhibur malah hampir 2 ribu komen ditinggalkan melalui posting terbaru berkenaan.

Ada yang mengatakan mereka seperti abang dan adik serta macam ayah dan anak kerana foto tersebut yang membuatkan peminat geli hati.

Loh ingat anakmu. Hahaha Yoe rupenya

 

 

Macam adik abang

Bawak anak ke tu

Umum, ramai mengetahui ‘Drama Spontan’ kini sentiasa dinanti-nantikan peminat mereka sehingga ada juga yang tertanya-tanya dengan Syahmi mengenai episod baru pula.

Syahmi juga dilihat membalas pertanyaan netizen berkenaan dan memberikan bayangan akan shoot. Dalam pada itu, netizen juga ada memberikan cadangan atau idea untuk Syahmi bagi ‘Drama Spontan’ terbaru.

Takde dah ke Drama Spontan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Syahmi Sazli

 

Be the first to comment on "Lebih 220 Ribu Likes, Disangka Belakang Syahmi ‘Anak’ Rupanya Yoe"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*